Tuesday, 14 June 2016

Dwayne Johnson


Dwayne Johnson (lahir di Hayward, CaliforniaAmerika Syarikat2 Mei 1972; berumur 44 tahun adalah artis asal dari Amerika Syarikat dan  profesional di WWE yang dikenal sebagai "The Rock"


                 Keluarganya adalah keluarga gusti, dia memulai kerjayanya sebagai pemain ragbi. Dia bermain untuk Universitas Miami dan klub Miami Hurricanes.

Pada tahun 1995, Dwayne memutuskan untuk berhenti dari dunia ragbi kerana cedera. Namun kemudian dia terfikir untuk meneruskan jejak ayahnya sebagai gusti professional. Lalu ayahnya menyetujuinya dan melatih dia.

Kemudian pada tahun 1996, dia bergabung dengan WWE (saat itu WWF) dan memulai debutnya pada November 1996. Dia debut sebagai Rocky Maivia yang baik hati dan murah senyum. Beliau memenangkan pertandingan pertamanya di Madison Square Garden. Beliau juga berhasil mendapatkan gelar WWE Intercontinental.

                               Keluarga Dwayne Johnson

Kerjaya WWE

Dwayne Johnson dikenali sebagai The Rock di arena WWE. The Rock memulai debut bergulatnya pada tahun 1996 dan berhenti pada tahun 2001. Pada tahun 2011, beliau muncul kembali di program WWE Monday Night RAW dan WrestleMania XXVII. Johnson telah mendapatkan 6 kali juara WWE Champion. Di WWE, Johnson menjadi rival berat seorang pegulat professional,iaitu Steve Austin yang biasa disebut Stone Cold.

Dalam Kerjaya WWE

  • Nama Samaran
    • "The People's Champion"
    • "The Brahma Bull"
    • "The Corporate Champion"
    • "The Great One"
    • "The Most Electrifying Man in Sports Entertainment"
    • "Rocky"
    • "The Most Electrifying Man in All of Entertainment"
    • "The Scorpion King"

       
 Entrance themes (Lagu Kedatangan The Rock)




Dwayne The Rock Johnson atau nama sebenarnya Dwayne Douglas Johnson mula mendekatkan diri dalam bidang lakonan pada tahun 1999 menerusi lakonannya dalam dokumentari, Beyond The Mat yang memegang watak sebagai diri sendiri.

Dwayne mula memegang peranan utama dalam filem The Scorpion King pada 2002. Biarpun itu merupakan filem pertamanya memegang watak utama, Dwayne mencatatkan sejarah apabila menerima bayaran tertinggi untuk pelakon yang pertama kali beraksi sebagai teraju utama pada masa itu, iaitu sebanyak $5.5 juta.

Bagaimanapun, lakonannya sebagai Mathayus atau The Scorpion King di dalam filem itu mendapat kritikan.

Walaubagaimanapun, Dwayne gigih meneruskan langkahnya sebagai pelakon dengan menganggap kritikan tersebut sebagai satu semangat untuknya memperbaiki mutu lakonan.

Ternyata usaha Dwayne membuahkan hasil apabila filem lakonannya selepas itu menerima sambutan baik penonton.

Mengimbas perjalanan karier pelakon ini sebelum menceburkan diri dalam bidang lakonan, Dwayne dahulunya cukup aktif dalam aktiviti kokurikulum di kolej.

Selebriti berbadan sasa ini melibatkan diri dalam sukan ragbi dan bermain untuk kejohanan ragbi di kolejnya, University of Miami pada 1991.

Kemudian, Dwayne menerima tawaran bermain bagi pasukan Calgary Stampeders dalam Kejohanan Liga Ragbi Kanada.

Puas bermain di padang,beliau berusia 40 tahun ini membuat keputusan besar dalam hidupnya untuk berkecimpung dalam arena gusti seperti datuknya, Peter Maivia dan bapanya, Rocky Johnson.

Anak kelahiran California ini mula mendapat tempat dalam dunia gusti di World Wrestling Entertainment (WWE), yang dahulunya dikenali sebagai World Wrestling Federation (WWF) mulai 1996 sehingga 2004.

Sepanjang penglibatannya dalam dunia tersebut, generasi ketiga untuk keluarga Peter Maivia ini berjaya memenangi 16 kejuaraan dalam WWF dan WWE.

Dwayne juga pernah menggunakan nama komersial, Flex Kavana, Rocky Maivia (kombinasi nama datuk dan bapanya) dan The Rock sepanjang penglibatannya dalam WWE dan WWF.

Biarpun sibuk dengan dunia seni, Dwayne sehingga kini tidak pernah mengucapkan selamat tinggal kepada gelanggang gustinya itu.

Kerjaya Lakonan

Sering diberikan watak serius dan aksi dalam setiap lakonan, Dwayne beralih arah ke bidang komedi pada 2007 menerusi filem The Game Plan.Percaturannya itu ternyata memberikan impak besar kepada peminatnya yang memuji lakonan berkesan Dwayne dalam filem itu.
Lakonan sebagai bapa dalam filem itu kelihatan menjadi biarpun itu pertama kali dia diberi tawaran berlakon dalam filem komedi.
Filem itu juga merupakan yang terakhir untuknya menggunakan nama komersial The Rock sebelum bertukar kepada Dwayne The Rock Johnson.
Bermula daripada situ, lakonan Dwayne dilihat semakin menyerlah biarpun menerima watak-watak aksi selepas filem tersebut.Terbaru, filem pertamanya untuk tahun ini, Journey 2: The Mysterious Island yang menampilkan genre aksi turut menerima maklum balas positif daripada peminatnya.Boleh dikatakan, setiap filem lakonannya pasti mendapat sambutan memberangsangkan seperti filem The Rundown, Be Cool, Walking Tall, Gridiron Gang, Get Smart, Race To Witch Mountain, Planet 51, Fast Five.

Projek terbaru Dwayne yang kini sedang menunggu untuk ditayangkan adalah filem GI Joe: Retaliation.

Filem itu menampilkan Dwayne sebagai teraju utama dengan memegang watak Roadblock, salah seorang ahli dalam pasukan GI Joe.Dwayne turut berlakon di samping Bruce Willis yang memegang watak sebagai General Joseph Colton, Channing Tatum sebagai Duke dan Adrianne Palicki sebagai Lady Jaye.Link berikut merupakan video The Rock Trailers.

No comments:

Post a Comment